I am Your Trusted Seller

Sunday, 13 September 2015

CONTACT Ibu Canteq Tabita

Ibu Canteq Tabita

(sms/Call/watsapp):
016-9134367 / 013-2879290 (iema)
013-6479290 (Syafiq)

Or,

Fb Page Ibu Canteq Tabita:
https://www.facebook.com/messages/IbuCanteqTabita
https://www.facebook.com/IbuCanteqTabita

Or,

Facebook Ibu Canteq Tabita:
http://www.facebook.com/messages/iema.pooh
https://www.facebook.com/iema.pooh

Or,

Email: iemacvil88@gmail.com

About Ibu Canteq Tabita



Nama: Nor Azimah Bte Mohamad (Iema)

Ibu Canteq Tabita Merupakan Pemborong & Penjual produk Kesihatan Dan Kecantikan.
Kami membuat penghantaran Secara Pos keseluruh Malaysia melalui kurier Pos Laju Malaysia dan juga 'CASH ON DELIVERY' Disekitar kawasan Setia Alam/Meru/Shah Alam/Klang & Muar/Melaka(Setiap Hujung Bulan)
Boleh lihat Senarai Product Disini

Info & Order ,pls contact:
016-9134367
(sms/Call/watsapp)
Ibu Canteq Tabita
https://www.facebook.com/messages/IbuCanteqTabita
https://www.facebook.com/IbuCanteqTabita


'LET'S SHOPPING WITH US' :) :)

Saturday, 15 November 2014

Prenatal Vitamin (Keperluan tanpa Berlebihan)





Saya memang berminat follow blog Dr.zubaidi Hj. Ahmad. Banyak info yang kita boleh dapat melalui penulisan beliau lebih-lebih lagi berkenaan kehamilan.
Sejak saya tahu saya hamil, fikiran memang banyak nak berfikir tentang kehamilan kita, apa yang kita perlu buat, kenapa tiba-tiba kita rasa tidak selesa, perubahan badan kita dari sekecil-kecil perubahan hingga sebesar-besar perubahan semua sy cuba cari di internet. Lebih-lebih lagi sy tidak tinggal bersama kedua orang tua..jadi kehamilan pertama amat terasa n merisaukan. Kita sentiasa tertanya-tanya kenapa kita rasa itu dan ini.
Saya yakin ramai ibu-ibu dan bakal-bakal ibu, lebih-lebih lagi kehamilan pertama merasai apa yang sy alami.
Bila berfikir tentang keperluan vitamin sepanjang tempoh kehamilan, sy akan tertanya-tanya vitamin apa yang perlu, jenis apa dan berapa banyak yang sy perlu ambil....kadang-kadang sy rasa sy menjadi seorang yang sangat complicated sejak hamil..hihi..is it??? ☺☺☺

Saya memang suka nak kupas sikit apa yang ditulis oleh Dr.Zubaidi Hj. Ahmad tentang prenatal vitamin..memandangkan vitamin ni antara topik yg saya memang suka nak baca atau kata lainnya layannnn!
Antara vitamin yang ibu-ibu hamil perlukan dan sentiasa akan dicadangkan sepanjang kita berklinik is folik asid, b-complex, iron, kalsium dan Omega-3.
Vitamin-vitamin ni semua penting untuk keperluan kandungan dan juga kesihatan kita dalam tempoh kehamilan, tapi..berapa banyak yang kita perlukan??? 


FOLIC ACID

Folic acid sangat diperlukan bagi membantu perkembangan fizikal dan saraf bayi dalam kandungan. Pengambilan folic acid dicadangkan sejak kita mula berkahwin lagi kerana ia adalah sebagai salah satu langkah awal bagi menghalang kecacatan Neural tube jika berlaku persenyawaan.  
Sy masih ingat lagi seorang rakan pernah bercerita semasa dia menjalani kursus perkahwinan, pihak penganjur kursus telah membekalkan vitamin folic acid kepada calon wanita yang menyertai kursus perkahwinan tersebut..hahaha..memang rasanya agak awal, tetapi memang satu langkah yang bijak dan sangat membantu. Menunjukkan betapa pentingnya persediaan awal untuk memastikan bayi yang bakal kita lahirkan nanti sihat dan sempurna.

Dos yang dicadangkan untuk wanita yang bercadang untuk hamil adalah 400 micrograms (mcg) sehari dan bagi wanita yang sedang hamil pula sebanyak 1000 micrograms (mcg) sehari.

B-COMPLEX

B-Complex juga merupakan salah satu vitamin yang menjadi keperluan dalam tempoh kehamilan kerana ia membantu dalam pembentukan dan aktiviti sel genetik. Selain itu ia juga dapat mencegah anemia (tekanan darah rendah).

IRON

Iron (zat besi) adalah bagi keperluan pembentukan sel darah merah untuk membekalkan oksigen keseluruh tubuh dan mengurangkan risiko kelahiran premature. 
Pernah juga sy alami penurunan Hb iaitu hemoglobin semasa kandungan 5bulan yg mana Dr. Perlu mencadangkan pada sy pengambilan 2 biji sehari ferrous fumarate. Lepas tu Alhamdulillah...dengan amalan secara rutin dengan penambahan makanan harian seperti sayur sayuran Hb sy normal semula☺☺

Kebanyakam Ferrous fumarate 325mg mengandungi 106mg iron. Dos iron yang dicadangkan bagi wanita yang hamil adalah sebanyak 27 mg manakala wanita yg tidak hamil sebanyak 18mg.

KAlSIUM

Kalsium diperlukan bagi pembentukan tulang dan gigi. Kekurangan pengambilan kalsium sepanjang tempoh kehamilan boleh menyebabkan preeclamsia, yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi salam rahem.
Prenatal vitamin biasanya kurang memenuhi keperluan kalsium yang diperlukan oleh wanita hamil...jadi, kita perlu juga mengambil mengambil sumber kalsium luar seperti susu dan sebagainya.

Dos kalsium yang wanita hamil perlukan sebanyak 1000mg sehari.


OMEGA-3

Omega-3 pula adalah untuk perkembangan otak janin, pembentukan sistem saraf dan menjamin penglihatan yang baik. Bagi wanita yang hamil dan sedang menyusukan bayi, dos yang dicadangkan adalah sebanyak 200 hingga 300mg satu hari.

**So, hopefully kita dapat memilih prenatal vitamin dengan lebih berkesan dan selamat.
Yang penting pemilihan vitamin atas nasihat Dr.kehamilan sangat penting dalam menjamin keperluan vitamin itu sendiri. 
Pengambilan nutrient atau vitamin yang berlebihan boleh menyebabkan kita alami muntah-muntah, rasa loya dan rasa tidak selesa lebih-lebih lagi di awal kehamilan.

Untuk Dapatkan vitamin kehamilan yang semulajadi, berkualiti dan selamat

PM Saya, Shaklee Indipendent Distributer
Nor Azimah Mohamad
SID 1033451
Call/Sms/Watsapp 0132879290

Friday, 14 November 2014

Study Barang barang keperluan Baby ^_^

Assalamualaikum WBT

Ahaiiii...senangnya dalam hati...dalam perut ada baby...kikiki...Alhamdulillah...rezeki kerja belum tiba..Allah SWT Maha pengasih lagi Maha Pemurah...Hanya DIA mengetahui apa yang setiap hambanya perlukan dan hanya DIA sebaik pengatur kehidupan, dikurniakan kami pengganti setelah keguguran sebanyak 3kali.
Apo nak di kato...hati memang berbunga-bunga sebaik sahaja tahu sy pregnant lagi☺
Yang pastinya kesedihan yang selama ini meragut dan merentap hati sy dan suami, kami lalui dengan kesabaran dgn tanpa jemu mengadu dan meminta daripada yang MAHA ESA.

Bila hati dah yakin..Insya-Allah..kali ni kami akan menimang cahaya mata yang ditunggu-tunggu...x kisah la boy ke..girl ke..yang penting sihat sempurna☺ dan bermulalah episod persediaan menjadi ibubapa dan yang paling bestnya sediakan barang-barang keperluan baby..sooooo cutes!!!!

Antara checklist kami..wooot...wooot...baby!!!

BABY CLOTHING

1.Set Baju lengan Panjang - 5helai
2.Set Baju lengan Pendek - 5helai
3.Mitten & Booties - 5helai
4.Topi - 2helai
5.Baby Bip - 2helai
6.Barut - 1set
7.Bedung - 1set
8.Sapu Tangan 100% cotton - 1set
9.Tuala mandi

**Disebabkan dah rancang bersalin di semenanjung, rumah mak, so shopping la di semenanjung dan x dapat la shopping baju banyak..1 hal nak ngangkutnye kang..hihi😊

BABY CARE & GROOMING

1.Bedak - Macam nak guna Baby Johnson
2.Losyen - Sebamed
3.Kit Mandian - Sebamed
4.Baby oil - Minyak Zaitun
5.Tisu
6.Cutton Bud
7.Cutton Ball
8.Penyepit Kuku
9.Methylated Spirit - Cuci tali pusat, Hosp.beri
10.Termometer
11.Minyak telun atau yuyee
12.Water Spray
13.Berus Rambut
14.Nappy cream
15.Vicks
16.Gripe water/Colic water - kembung perut
17.Tuala mandi + tuala muka
18.Wipe tisu - Pureen/Johnson

FEEDING

1.Botol susu - Tommee Tippee (4oz)
2.Puting
3.Berus pembersih botol
4.Cecair pencuci botol
5.Manual breast pump
6.Nursing cover
7.Nursing Bra
8.Nursing Pad
9.Nursing Pillow
10.Nipple cream

DIAPERING

1.Napkin - 1pek
2.Pampers - 2pek
3.Baby pin - 1papan
4.Wet tissue - 2pek (Johnson/pureen)
5.Changing mat
6.Nappy liner
7.Detergen pencuci baju
8.Water spray
9.Bakul baju kotor

NURSING

1.Set tilam
2.Comforter
3.Kelambu
4.Baby cot
5.Bakul baju kotor
6.Bakul barang-barang baby

TRAVELING

1.Baby carier
2.Stroller
3.Car seat

**Barang-barang travel ni maybe akan beli kemudian..sebab baby kecil lagi...disabah ja okay☺☺

Ni la sedikit sebayak kami punya checklist, mungkin akan ada penambahan..hihi..kalau ada penambahan akan di update okay☺

Tata...Wassalam

Wednesday, 4 June 2014

Mahligai Sementara

Assalamualaikum..w.b.t

Sebenarnya tengah ambil mood nak tidur jap lepas zohor, teringat rumah yang bersifat sementara buat iema n husband. Mungkin entri kali ni akan menjadi kenang-kenangan buat kami after pindah nanti.

Rumah yang kami anggap sebagai Mahligai ni xtau la da dibina sejak bila...tapi design dalaman agak lebih kepada british design..Classic gitu...kami aggap mahligai sebab bila masuk je dah rasa macam tinggal dalam chalet :) lengkap dengan perabot dan kelengkapan rumah lain. sebenarnya ni rumah quaters simedarby. Dijadikan rumah persinggahan untuk pelawat2. Macamana kami boleh dapat rumah ni x perlulah iema cerita..kang panjang pula ceritanya..

Mula dapat tau nak kene pindah ke rumah tu, terfikir..nak pergi ke x? sebab apa? huuuu...orang sekitar cakap rumah tu BERHANTU!!! lepas berbincang dengan Husband kami decide move je la..hantu@syaitan kat mana2 ada. Janji Pendinding diri kita kena kuat ;). 

Bukan nak cakap besar, tapi...masa mula2 masuk rumah tu, iema xdepun rs lain macam, xtau la kalau ima ni x sensitif dengan benda2 mcm tu..uhuu..sepanjang tinggal di situ xde pun terganggu dengan benda2 ghaib...kalau diganggu sang tupai tu ada la..mungkin orang sebelum ni tinggal sorang2, jadi dia fikir tupai tu..En Hantu!!! hahahh kesiannn. 

Rumah ni ada 3bilik, semua bilik macam bilik utama. xtau nak beza mana 1 sebenarnya bilik utama, semuanya besar n lengkap dengan bilik air masing2 n Aircond. Ruang tamu memanjang...boleh main kejar2 dalam tu..Ruang paling ima suka ruang tamu, nampak classic n Elegance, ima pula memang minat tema elegance classic..uuuu. nampak juga kekemasan, tu pun lepas kami bertungkus lumus kemas..teruk mengemas rumah yang da ditiggalkan hampir 3 Tahun. 

Paling tak suka kawasan luar rumah..Bersihkanpun habuk x hilang..mungkin sebab berdekatan dengan jalan Estate. Lagi kawasan landscape yang tak berapa dijaga..jadi rumah ni nampak haunted dari luar. Tapi disini lah tempat kami suami isteri menghabiskan masa yang jauh dari bandar dan family :'(
Apepun kami akan rindu rumah ini dan rakan2 disini bila kami pindah suatu hari nanti..Okay..time to tido..b4 tu..Share sikit gambar rumah yang kami anggap mahligai Sementara <3 TQ. 
As salam...









Promosi Jun 2014 Shaklee

Assalamualaikum.. w.b.t

walaupun dah lewat 4 hari untuk update Promosi Bulan ni, tapi tetap nak update lah...memandangkan promosi bulan bulan lepas memang iema x update sebab....hiiiiii...ada kekangan ++ :)

Bulan ni punya Promosi VITAMIN E COMPLEX (BUY 6 FREE 1) Siapa nak grab boleh Pm iema di Page Fb BODYFOOD2U atau nak senang Watsapp je 013-2879290 (available 24hrs) ;)

VITAMIN E COMPLEX
Soalan demi persoalan iema selalu jawab pada penggemar makanan tambahan/vitamin Shaklee <3 . Kat sini iema jawab semuanya..Kalau rajin baca, kalau x rajin amik point penting je..mcm belaja dl...bila nak exam,malas nak hafal..hafal yg point penting je...kan? ramai buat mcm tu..hiii :) Same la kitee...budak engineering x dan nak hafal semua.. ;) hihi. okay...soalan soalannya:

SOALAN 1: Vitamin E Complex ni rupanya macamana?
JAWAPAN: Kat sini ima tunjuk mana rupanya vitamin E Complex yang dikenali sebagai pelengkap kepada set kecantikan atau vitamin Cinta ni.. ^_^
VITAMIN E COMPLEX SHAKLEE

PROMOSI BUY 6 FREE 1 VITAMIN E SHAKLEE
SOALAN 2: Apa Fungsi & kelebihan Vitamin E Complex Shaklee ni?
JAWAPAN: Okay, Fungsi & Kelebihan vitamin E complex ni iema listkan.. okay!

FUNGSI VITAMIN E
Vitamin e merupakan sumber antioksidan dalam mencegah pelbagai jenis penyakit antaranya kanser dan penyakit kardiovaskular. Kelebihannya dalam memperbaiki peredaran darah dalam tubuh badan adalah sangat sesuai bagi tujuan memperbaiki tisu dalam badan. Oleh sebab itu ia sangat sesuai dan dicadangkan dalam rawatan Premenstrual syndrome dan penyakit Fibrocystic buah dada. Selain daripada itu ia menggalakkan perjalanan darah secara normal dan secara tidak langsung dapat menyembuhkan penyakit yang berkaitan seperti mengurangkan parut yang diakibatkan oleh kecederaan, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan stamina, mengurangkan tekanan darah dan mengelakkan kekejangan otot. Dalam fungsi kepada masalah kesuburan, vitamin e dapat meningkatkan pengeluaran dan kualiti air mani pada sesetengah lelaki dan ia dicadangkan dalam set kesuburan bagi suami.  Vitamin e juga dapat mengekalkan kesihatan saraf otot dan sekaligus dapat menguatkan dinding kapilari.

Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat dikalangan penghisap rokok. Selain itu dengan pengambilan harian vitamin E, ia dapat meggalakkan kulit kepala dan rambut yang sihat dan membantu dalam mencegah anemia dan retrolental fibroplasia, yang mana ia merupakan sejenis penyakit mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. Sepanjang kajian terkini, dapat diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan yang baik kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

KELEBIHAN VITAMIN E
>>Awet muda
>>Meningkatkan pertahanan tubuh
>>Mencegah masalah kelenjar prostat dan penyakit kanser
>>Melancarkan peredaran darah
>>Mengurangkan parut
>>Merawat masalah keintiman
>>Mengurangkan kedutan pada kulit
>>Kulit, rambut, mata, dan kuku yang cantik
>>Meningkatkan kesuburan lelaki dan perempuan
>>Merawat masalah keputihan bagi wanita
>>Meningkatkan keinginan seksual yang semakin berkurangan
>>Menyokong kesihatan jantung dan otak
>>Meningkatkan kualiti air mani
>>Mengurangkan keradangan

SOALAN 3: Set Shaklee apa yang dicadangkan mengandungi Vitamin E complex?
JAWAPAN: Vitamin E biasa akan dicadangkan dalam SET KECANTIKAN, SET KESUBURAN dan SET BERHENTI ROKOK atau pada beberapa set berkaitan masalah tertentu seperti kanser, darah tinggi, diabetes dll.

SOALAN 4: 1 Botol Vitamin E, boleh tahan berapa lama?
JAWAPAN: 1 botol vitamin E terdapat 120 kapsul, jadi dengan pengambilan 1 kapsul sehari sebelum tidur boleh bertahan sehingga 4 bulan.

SOALAN 5: Berapa harga sebotol Vitamin E Complex Shaklee?
JAWAPAN: Harga sebotol Vitamin E Complex Shaklee ialah Rm149/sebotol, dengan pembelian Promosi Jun 2014 Buy 6 Free 1 akan dapat lebih penjimatan dengan harga Rm714 dapat 7 botol Vitamin E Complex Shaklee.

Okay, habis 5 soalan iema jawab, tamatlah entry kali ni, next entry x tau bila, mungkin hari ni, mungkin next day or another day :)

Untuk dapatkan konsultansi berkenaan vitamin Shaklee, boleh Pm iema bila bila masa di Page Facebook "BOdyFood2u" 
klik https://www.facebook.com/messages/Shakleeiloveu
atau Watsapp 013-2879290 Bye! ^_< Assalamualikum w.b.t

Pengedar Sah Shaklee
Nor Azimah Mohamad
SID: 1033451
Email: vitamin.shaklee88@gmail.com

Monday, 11 November 2013

Set Kejelitaan Shaklee

Jelita tanpa mengenal Usia :)

Mesti puas hati bila dapat kulit yang cantik sempurna..rasa berkeyakinan gitu...
Lagi2 bile dapat pujian dari insan tersayang...rasa ape yang diusahakan sangat berbaloi...
Tapi perlu beringat..x semua produk kecantikan boleh anda gunakan..tanpa study dulu...yang penting perlu tahu kandungan sesuatu produk tersebut..jgn main guna je...dapatkan nasihat daripada yang pakar...jangan disebabkan nak cantik...sanggup beli produk mahal2, tapi kesannye..hampa...

Di syaklee, suplimen yang disediakan sentiasa semulajadi dan selamat untuk kegunaan setiap lapisan umur dan jantina. tapi..tetap perlukan konsultansi juga dalam pengambilan setiap suplimen :) ni x boleh abaikan...

Apa yang ada dalam Set Kejelitaan Shaklee?

1. Shaklee Collagen Powder
** Menyokong Produksi kolagen untuk meningkatkan ketegangan, keanjalan dan kelembutan kulit.
** Mengecilkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan.
** Kulit lebih putih dan licin.
** Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar.
** Membantu menegang dan menganjalkan payudara.

2. Sustained Release Vita-C
** Antioksidan semulajadi.
** Mengekalkan integriti sel-sel.
** Untuk kesihatan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah supaya sihat.
** Membantu memulihkan resdung dan bersin yang melanda pada waktu pagi.
** Membantu mengurangkan simptom alergi.
** Meningkatkan tahap sistem pertahanan badan.
** Membina kolagen untuk hidup yang lebih sihat.

3. Vivix
** Mengalakkan rangsangan penuaan yang sihat.
** Mengurangkan insiden bagi penyakit Alzheimer.
** Mengurangkan risiko menghidap kanser.
** Mengurangkan risiko penyakit jantung.
** Mengurangkan komplikasi bagi pesakit Diabetes.
** Menyokong kesihatan sendi.
** Membantu dalam pengurangan berat badan.
** Meningkatkan sistem imunisasi badan.
** Meningkatkan kesihatan mata.
** Menyokong kesihatan keseluruhan.


Credit


*********************************************************************************
Saya merupakan pengedar Shaklee yang sah di Sabah (SID 1033451). Melakukan penghantaran ke seluruh negara melalui Perkhidmatan kurier Gdex/City Link/Pos Malaysia(Pos Laju). Berminat boleh Hubungi saya melalui Watsapp/Sms/Wechat di 013-2879290 (iema) atau Email di vitamin.shaklee88@gmail.com dan konsultansi percuma akan diberikan kepada pelanggan Shaklee yang berminat. 
Anda juga boleh menyertai saya di group FB Beauty n Health 
sila tekan https://www.facebook.com/groups/shaklee.beauty.health/
atau page FB Vitamin Shaklee Duniaku,
sila tekan https://www.facebook.com/Shakleeiloveu
atau Official FB Go supliment S, 
*********************************************************************************


TERIMA KASIH