I am Your Trusted Seller

Wednesday, 4 June 2014

Promosi Jun 2014 Shaklee

Assalamualaikum.. w.b.t

walaupun dah lewat 4 hari untuk update Promosi Bulan ni, tapi tetap nak update lah...memandangkan promosi bulan bulan lepas memang iema x update sebab....hiiiiii...ada kekangan ++ :)

Bulan ni punya Promosi VITAMIN E COMPLEX (BUY 6 FREE 1) Siapa nak grab boleh Pm iema di Page Fb BODYFOOD2U atau nak senang Watsapp je 013-2879290 (available 24hrs) ;)

VITAMIN E COMPLEX
Soalan demi persoalan iema selalu jawab pada penggemar makanan tambahan/vitamin Shaklee <3 . Kat sini iema jawab semuanya..Kalau rajin baca, kalau x rajin amik point penting je..mcm belaja dl...bila nak exam,malas nak hafal..hafal yg point penting je...kan? ramai buat mcm tu..hiii :) Same la kitee...budak engineering x dan nak hafal semua.. ;) hihi. okay...soalan soalannya:

SOALAN 1: Vitamin E Complex ni rupanya macamana?
JAWAPAN: Kat sini ima tunjuk mana rupanya vitamin E Complex yang dikenali sebagai pelengkap kepada set kecantikan atau vitamin Cinta ni.. ^_^
VITAMIN E COMPLEX SHAKLEE

PROMOSI BUY 6 FREE 1 VITAMIN E SHAKLEE
SOALAN 2: Apa Fungsi & kelebihan Vitamin E Complex Shaklee ni?
JAWAPAN: Okay, Fungsi & Kelebihan vitamin E complex ni iema listkan.. okay!

FUNGSI VITAMIN E
Vitamin e merupakan sumber antioksidan dalam mencegah pelbagai jenis penyakit antaranya kanser dan penyakit kardiovaskular. Kelebihannya dalam memperbaiki peredaran darah dalam tubuh badan adalah sangat sesuai bagi tujuan memperbaiki tisu dalam badan. Oleh sebab itu ia sangat sesuai dan dicadangkan dalam rawatan Premenstrual syndrome dan penyakit Fibrocystic buah dada. Selain daripada itu ia menggalakkan perjalanan darah secara normal dan secara tidak langsung dapat menyembuhkan penyakit yang berkaitan seperti mengurangkan parut yang diakibatkan oleh kecederaan, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan stamina, mengurangkan tekanan darah dan mengelakkan kekejangan otot. Dalam fungsi kepada masalah kesuburan, vitamin e dapat meningkatkan pengeluaran dan kualiti air mani pada sesetengah lelaki dan ia dicadangkan dalam set kesuburan bagi suami.  Vitamin e juga dapat mengekalkan kesihatan saraf otot dan sekaligus dapat menguatkan dinding kapilari.

Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat dikalangan penghisap rokok. Selain itu dengan pengambilan harian vitamin E, ia dapat meggalakkan kulit kepala dan rambut yang sihat dan membantu dalam mencegah anemia dan retrolental fibroplasia, yang mana ia merupakan sejenis penyakit mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. Sepanjang kajian terkini, dapat diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan yang baik kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

KELEBIHAN VITAMIN E
>>Awet muda
>>Meningkatkan pertahanan tubuh
>>Mencegah masalah kelenjar prostat dan penyakit kanser
>>Melancarkan peredaran darah
>>Mengurangkan parut
>>Merawat masalah keintiman
>>Mengurangkan kedutan pada kulit
>>Kulit, rambut, mata, dan kuku yang cantik
>>Meningkatkan kesuburan lelaki dan perempuan
>>Merawat masalah keputihan bagi wanita
>>Meningkatkan keinginan seksual yang semakin berkurangan
>>Menyokong kesihatan jantung dan otak
>>Meningkatkan kualiti air mani
>>Mengurangkan keradangan

SOALAN 3: Set Shaklee apa yang dicadangkan mengandungi Vitamin E complex?
JAWAPAN: Vitamin E biasa akan dicadangkan dalam SET KECANTIKAN, SET KESUBURAN dan SET BERHENTI ROKOK atau pada beberapa set berkaitan masalah tertentu seperti kanser, darah tinggi, diabetes dll.

SOALAN 4: 1 Botol Vitamin E, boleh tahan berapa lama?
JAWAPAN: 1 botol vitamin E terdapat 120 kapsul, jadi dengan pengambilan 1 kapsul sehari sebelum tidur boleh bertahan sehingga 4 bulan.

SOALAN 5: Berapa harga sebotol Vitamin E Complex Shaklee?
JAWAPAN: Harga sebotol Vitamin E Complex Shaklee ialah Rm149/sebotol, dengan pembelian Promosi Jun 2014 Buy 6 Free 1 akan dapat lebih penjimatan dengan harga Rm714 dapat 7 botol Vitamin E Complex Shaklee.

Okay, habis 5 soalan iema jawab, tamatlah entry kali ni, next entry x tau bila, mungkin hari ni, mungkin next day or another day :)

Untuk dapatkan konsultansi berkenaan vitamin Shaklee, boleh Pm iema bila bila masa di Page Facebook "BOdyFood2u" 
klik https://www.facebook.com/messages/Shakleeiloveu
atau Watsapp 013-2879290 Bye! ^_< Assalamualikum w.b.t

Pengedar Sah Shaklee
Nor Azimah Mohamad
SID: 1033451
Email: vitamin.shaklee88@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Let's Talk :)