Saya memang berminat follow blog Dr.zubaidi Hj. Ahmad. Banyak info yang kita boleh dapat melalui penulisan beliau lebih-lebih lagi berkenaan kehamilan.
Sejak saya tahu saya hamil, fikiran memang banyak nak berfikir tentang kehamilan kita, apa yang kita perlu buat, kenapa tiba-tiba kita rasa tidak selesa, perubahan badan kita dari sekecil-kecil perubahan hingga sebesar-besar perubahan semua sy cuba cari di internet. Lebih-lebih lagi sy tidak tinggal bersama kedua orang tua..jadi kehamilan pertama amat terasa n merisaukan. Kita sentiasa tertanya-tanya kenapa kita rasa itu dan ini.
Saya yakin ramai ibu-ibu dan bakal-bakal ibu, lebih-lebih lagi kehamilan pertama merasai apa yang sy alami.
Bila berfikir tentang keperluan vitamin sepanjang tempoh kehamilan, sy akan tertanya-tanya vitamin apa yang perlu, jenis apa dan berapa banyak yang sy perlu ambil....kadang-kadang sy rasa sy menjadi seorang yang sangat complicated sejak hamil..hihi..is it??? ☺☺☺
Saya memang suka nak kupas sikit apa yang ditulis oleh Dr.Zubaidi Hj. Ahmad tentang prenatal vitamin..memandangkan vitamin ni antara topik yg saya memang suka nak baca atau kata lainnya layannnn!
Antara vitamin yang ibu-ibu hamil perlukan dan sentiasa akan dicadangkan sepanjang kita berklinik is folik asid, b-complex, iron, kalsium dan Omega-3.
Vitamin-vitamin ni semua penting untuk keperluan kandungan dan juga kesihatan kita dalam tempoh kehamilan, tapi..berapa banyak yang kita perlukan???
FOLIC ACID
Folic acid sangat diperlukan bagi membantu perkembangan fizikal dan saraf bayi dalam kandungan. Pengambilan folic acid dicadangkan sejak kita mula berkahwin lagi kerana ia adalah sebagai salah satu langkah awal bagi menghalang kecacatan Neural tube jika berlaku persenyawaan.
Sy masih ingat lagi seorang rakan pernah bercerita semasa dia menjalani kursus perkahwinan, pihak penganjur kursus telah membekalkan vitamin folic acid kepada calon wanita yang menyertai kursus perkahwinan tersebut..hahaha..memang rasanya agak awal, tetapi memang satu langkah yang bijak dan sangat membantu. Menunjukkan betapa pentingnya persediaan awal untuk memastikan bayi yang bakal kita lahirkan nanti sihat dan sempurna.
Dos yang dicadangkan untuk wanita yang bercadang untuk hamil adalah 400 micrograms (mcg) sehari dan bagi wanita yang sedang hamil pula sebanyak 1000 micrograms (mcg) sehari.
B-COMPLEX
B-Complex juga merupakan salah satu vitamin yang menjadi keperluan dalam tempoh kehamilan kerana ia membantu dalam pembentukan dan aktiviti sel genetik. Selain itu ia juga dapat mencegah anemia (tekanan darah rendah).
IRON
Iron (zat besi) adalah bagi keperluan pembentukan sel darah merah untuk membekalkan oksigen keseluruh tubuh dan mengurangkan risiko kelahiran premature.
Pernah juga sy alami penurunan Hb iaitu hemoglobin semasa kandungan 5bulan yg mana Dr. Perlu mencadangkan pada sy pengambilan 2 biji sehari ferrous fumarate. Lepas tu Alhamdulillah...dengan amalan secara rutin dengan penambahan makanan harian seperti sayur sayuran Hb sy normal semula☺☺
Kebanyakam Ferrous fumarate 325mg mengandungi 106mg iron. Dos iron yang dicadangkan bagi wanita yang hamil adalah sebanyak 27 mg manakala wanita yg tidak hamil sebanyak 18mg.
KAlSIUM
Kalsium diperlukan bagi pembentukan tulang dan gigi. Kekurangan pengambilan kalsium sepanjang tempoh kehamilan boleh menyebabkan preeclamsia, yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi salam rahem.
Prenatal vitamin biasanya kurang memenuhi keperluan kalsium yang diperlukan oleh wanita hamil...jadi, kita perlu juga mengambil mengambil sumber kalsium luar seperti susu dan sebagainya.
Dos kalsium yang wanita hamil perlukan sebanyak 1000mg sehari.
OMEGA-3
Omega-3 pula adalah untuk perkembangan otak janin, pembentukan sistem saraf dan menjamin penglihatan yang baik. Bagi wanita yang hamil dan sedang menyusukan bayi, dos yang dicadangkan adalah sebanyak 200 hingga 300mg satu hari.
**So, hopefully kita dapat memilih prenatal vitamin dengan lebih berkesan dan selamat.
Yang penting pemilihan vitamin atas nasihat Dr.kehamilan sangat penting dalam menjamin keperluan vitamin itu sendiri.
Pengambilan nutrient atau vitamin yang berlebihan boleh menyebabkan kita alami muntah-muntah, rasa loya dan rasa tidak selesa lebih-lebih lagi di awal kehamilan.
Untuk Dapatkan vitamin kehamilan yang semulajadi, berkualiti dan selamat
PM Saya, Shaklee Indipendent Distributer
Nor Azimah Mohamad
SID 1033451
Call/Sms/Watsapp 0132879290

No comments:
Post a Comment
Let's Talk :)